
Rempah ramuan tradisi untuk masakan asli Johor,
Soto, Laksa Johor dan Beryani
Rasa yang kekal asli, telah digunakan turun temurun dari generasi ke generai.
Sekarang dengan penghantaran ke seluruh Semenanjung, Borneo dan serata dunia!
Nasi Beriani Gam atau masakan nasi beriani Melayu dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu oleh pedagang-pedagang Arab melalui Singapura. Nasi beriani dimasak menggunakan beras panjang (Basmathi) bersama rempah ratus yang digoreng sebelum ditanak berasnya.
Nasi beriani asal usulnya dari perkataan Parsi 'baria' bermaksud memasak atau merebus makanan. Masakan ini dikatakan berkembang dari Parsi ke Timur Tengah dan mendapat tempat istimewa di India oleh kerajaan Mogul.
Nasi Beriani Gam, juga dinamakan Nasi Beriani Dam atau Dum, di masak dengan memasukkan ketulan daging yang telah diperap semalaman di dalam periuk bersama 'lapisan' beras. Hasilnya, nasi beriani gam berasa herba rempah, dan berpati lemak dan 'manis' daging. Mungkin disebabkan oleh kemasukkan resipi ini melalui Singapura, rakyat Melayu Negeri Johor memperbaharui resipi ke selera Melayu maka terciptalah Beriani Gam Johor.
Pada masa sekarang, Nasi Beriani atau Nasi Beriani Gam mendapat tempat di Malaysia sebagai makanan istimewa untuk keluarga ataupun untuk keraian seperti majlis perkahwinan atau majlis rasmi syarikat.
Variasi untuk 500g ini sesuai digunakan untuk hidangan 35-40 orang makan.
Resepi / arahan penyediaan ada disediakan di plastik pembungkusan.
*Produk ini memerlukan caj bagi penghantaran kecuali dimaklumkan sudah termasuk penghantaran. Sila hubungi kami di 0167448411 untuk mengetahui secara tepat caj yang dikenakan. Penghantaran menggunakan khidmat kurier dan boleh di kesan (tracking).